Wednesday, October 22, 2008

Muslimah sejati


Iman seseorang diukur berdasarkan kepatuhan, pelaksanaan perintah Tuhan
TUNTUTAN pertama ke atas seorang Muslim ialah menjadi Muslim dan mukmin yang beriman dengan sebenar-benarnya kepada Tuhannya. Dengan keimanan teguh itu, dia dapat berhubung dengan Tuhannya dan sentiasa mengingatinya serta bertawakal atau menyerah diri kepadanya. Selain memohon pertolongan kepada-Nya, dia juga akan berasakan dalam lubuk jiwanya bahawa dia sangat berhajat dan sentiasa perlu kepada kekuatan Allah dari segi bantuan dan sokongan-Nya sekalipun dia berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.
Muslim sejati dan benar adalah manusia yang sedar hati dan jiwanya, celik pemikirannya dan terbuka pintu imannya. Dengan menghayati segala keindahan ciptaan Allah yang terbentang di seluruh alam, akan tercetus satu keyakinan bahawa ada satu kekuasaan yang Maha Tinggi yang mengendalikan segala urusan alam dan urusan manusia.
Sehubungan itu, seseorang Muslim itu akan sentiasa mengingati Allah serta sentiasa melihat kudrat kekuasaan-Nya yang tidak terbatas pada setiap detik dan ketika lalu akan bertambahlah
imannya kepada Allah yang memiliki segala kekuasaan itu.

No comments:


Aku Rela